salji
Sunday, 16 December 2012
JADUAL PENENTU KANDUNGAN (JPK)
Jadual Penentuan Kandungan Pelajaran
Mata Pelajaran : Geografi
Tarikh/Hari : 18 April 2012 (sabtu)
Masa : 8.10 pagi – 9.00 pagi (40 minit)
Tingkatan : 1 Cempaka
Bilangan Pelajar : 30 orang
Tajuk : Bentuk Muka Bumi dan Potensinya
Sub-Tajuk : Bentuk Muka Bumi
Langkah / aktiviti Pengetahuan dan Kefahaman Aplikasi Analisis
Konsep/istilah Teori/prinsip Kaedah/kemahiran Fakta
-Set Induksi :
Memulakan topik pengajaran dengan menayangkan video tentang keindahan semulajadi bentuk muka bumi.
-guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai video yang ditayangkan.
Penyoalan, Interpretasi video
Bersyukur dapat menikmati keindahan semula jadi ciptaan Allah
Langkah 1 :
Memberi penerangan mengenai bentuk muka bumi di Malaysia
-Tanah tinggi
-Tanah Pamah
-Saliran
-Pinggir Pantai
Kaedah penerangan
Bentuk Muka Bumi terdiri daripada 4 bentuk
Langkah 2 :
Aktiviti berpasangan: Lembaran Kerja
( Lampiran 1)
Kaedah berpasangan dan perbincangan
Kerjasama dalam berpasangan
Langkah 3 :
Aktiviti berkumpulan: Geografi Puzzle
- Kumpulan Tanah tinggi
- Kumpulan Tanah Pamah
- Kumpulan Saliran
- Kumpulan Pinggir Pantai
Kaedah kumpulan dan permainan
Kerjasama dalam kumpulan
Penutup
Rumusan mengenai Bentuk Muka Bumi
Kaedah penerangan
dan soal jawab.
Menghargai & bersyukur Keindahan &kedamaian Negara kita
TEMA
:
1. BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA
TAJUK : 1.1 Bentuk Muka Bumi
KELAS : Tingkatan 1 Cempaka
MASA : 8.10 – 9.00 (40 minit)
BILANGAN PELAJAR : 30 orang
OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Kognitif:
• Pelajar dapat mendefinisi 4 bentuk muka bumi negara Malaysia dengan jelas.
-tanah tinggi
-tanah pamah
-pinggir laut
-saliran
• Pelajar dapat membezakan dengan contoh kedudukan dan keistimewaan pelbagai bentuk muka bumi negara Malaysia dengan tepat.
Afektif:
• Pelajar memberikan tindak balas terhadap penerangan yang diberikan oleh guru berkaitan 4 bentuk muka bumi.
Psikomotor:
• Pelajar dapat menentukan kedudukan lokasi kad dengan betul di atas peta.
PENGETAHUAN
SEDIA ADA
:
Pelajar pernah melihat tanah tinggi ( cth : Cameron Highland), tanah pamah dan pinggir pantai ( cth: Port Dickson)
BAHAN ABBM
:
Buku Teks, video, Kad Aktiviti, Kertas Majung, Keratan Puzzle, Lembaran Kerja, Komputer
KONSEP :
Tanah tinggi, tanah pamah, lembangan, pinggir laut
KEMAHIRAN GEOGRAFI
Mencirikan, menghubungkait, memilih dan menganalisis maklumat, menanda peta
KAEDAH P&P
Koperatif & perbincangan
UNSUR PATRIOTISME
:
Mencintai negara Malaysia
NILAI : Bersyukur, menghargai
MODUL AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
LANGKAH ISI PENGAJARAN AKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR KAEDAH/NILAI/KBKK
ABM
Set Induksi
5 minit
Permulaan dengan menayangkan video bentuk muka bumi 1) Guru menarik perhatian pelajar dengan menayangkan video berkaitan bentuk muka bumi
2) Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pengajaran pada hari ini.
1) Pelajar bersama-sama menonton video yang ditayangkan oleh guru.
2) Pelajar memberikan perhatian terhadap penerangan guru Nilai : Mencintai alam sekitar
ABM : Video bentuk muka bumi
KBKK : Dapat menghubung kait antara video dan topik
Kaedah : Berpustkan guru dan pelajar
Langkah 1
(10 minit)
Bentuk muka bumi di Malaysia:
a) Tanah tinggi
b) Tanah pamah
c) Saliran
d) Pinggir pantai 1) Guru turut bertanya pengetahuan sedia ada pelajar berkenaan
2) Guru kemudian memberikan penerangan terhadap bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia iaitu
a) Tanah tinggi
b) Tanah pamah
c) Saliran
d) Pinggir laut
1) Pelajar memberikan respon terhadap pertanyaan yang di ajukan kepada guru.
2) Pelajar memberikan perhatian terhadap penerangan yang diberikan oleh guru Nilai: Mencintai negara Malaysia & berbangga kerana Malaysia dikurniakan pelbagai bentuk muka bumi
ABM :Buku teks/ rujukan
KBKK : Menjana idea
Kaedah : Berpusatkan pelajar dan guru
Langkah 2
(10 minit)
Aktiviti Lembaran Kerja
(Lampiran 1) 1) Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1 dan pelajar dikehendaki menjawab secara berpasangan.
2) Guru memantau aktiviti pelajar dan membenarkan pelajar untuk bertanya.
3) Guru mengadakan sesi perbincangan guru-pelajar untuk menyemak jawapan pelajar. 1) Pelajar menjawab soalan pada lembaran kerja yang diberi.
2) Pelajar berbincang secara berpasangan.
3) Pelajar memberikan respon terhadap perbincangan yang dilaksanakan.
4) Pelajar boleh mengemukakan soalan jika tidak memahami. Nilai: Bekerjasama
ABM: Lembaran Kerja 1
KBKK : Releksi kendiri, dapat menghubungkait antara topik dan lembaran kerja.
Kaedah : Soal jawab pelajar dan guru
Langkah 3
(10 minit)
Aktiviti Puzzle 1) Guru menggantungkan peta kosong Malaysia di papan putih.
2) Guru juga memberikan sampul yang mengandungi puzzle yang berlainan.
3) Guru memberikan penerangan berkenaan aktiviti yang akan dijalankan.
4) Guru akan meminta pelajar untuk bergerak ke kumpulan lain bagi mencari mencari keratan gambar bagi melengkapkan tugasan.
5) Guru juga akan meminta pelajar untuk melekatkan gambar yang telah dicamtumkan untuk melengkapkan tugasan.
1) Pelajar memberi perhatian dan tindak balas kepada penjelasan guru terhadap pembentukan 6 kumpulan yang mengandungi 5 orang bagi setiap kumpulan.
2) Pelajar memberikan perhatian terhadap penerangan guru.
3) Pelajar secara berkumpulan dikehendaki untuk melengkapkan keratan gambar berdasarkan klu dalam sampul yang diterima dengan bergerak ke kumpulan lain. Klu yang diterima adalah seperti : tanah pamah, tanah tinggi,pinggir laut dan saliran.
4) Setelah selesai mencantumkan kad, pelajar diminta menandakan lokasi tempat-tempat rekreasi pada kad aktiviti pada peta. Nilai : Bekerjasama, berani
ABM : Kertas majung (peta), sampul kad, keratan gambar dan klu,
Kad aktiviti (Lampiran 1)
(Gambar) Peta dinding
KBKK : Menyelesaikan masalah, menghubungkait,
menanda peta
Kaedah : Berpusatkan pelajar dan guru
Langkah 4
3 minit Membuat rumusan. 1) Guru menyoal pelajar beberapa soalan tentang pelajaran hari ini secara spontan dan lisan.
2) Guru memberikan pujian kepada pelajar kerana memberikan kerjasama semasa P & P.
3) Guru merumuskan isi pengajaran pada hari ini. 1) Pelajar menjawab dab bersoal jawab dengan guru berkaitan perkara yang kurang difahami.
2) Pelajar mendengar dengan teliti. Nilai : Hormat, peka, berusaha
ABM : Buku teks/rujukan
KBKK : Membuat refleksi kendiri
Kaedah : Berpusatkan guru dan pelajar
Subscribe to:
Posts (Atom)