salji


Sunday 16 December 2012

TEMA : 1. BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA TAJUK : 1.1 Bentuk Muka Bumi KELAS : Tingkatan 1 Cempaka MASA : 8.10 – 9.00 (40 minit) BILANGAN PELAJAR : 30 orang OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Kognitif: • Pelajar dapat mendefinisi 4 bentuk muka bumi negara Malaysia dengan jelas. -tanah tinggi -tanah pamah -pinggir laut -saliran • Pelajar dapat membezakan dengan contoh kedudukan dan keistimewaan pelbagai bentuk muka bumi negara Malaysia dengan tepat. Afektif: • Pelajar memberikan tindak balas terhadap penerangan yang diberikan oleh guru berkaitan 4 bentuk muka bumi. Psikomotor: • Pelajar dapat menentukan kedudukan lokasi kad dengan betul di atas peta. PENGETAHUAN SEDIA ADA : Pelajar pernah melihat tanah tinggi ( cth : Cameron Highland), tanah pamah dan pinggir pantai ( cth: Port Dickson) BAHAN ABBM : Buku Teks, video, Kad Aktiviti, Kertas Majung, Keratan Puzzle, Lembaran Kerja, Komputer KONSEP : Tanah tinggi, tanah pamah, lembangan, pinggir laut KEMAHIRAN GEOGRAFI Mencirikan, menghubungkait, memilih dan menganalisis maklumat, menanda peta KAEDAH P&P Koperatif & perbincangan UNSUR PATRIOTISME : Mencintai negara Malaysia NILAI : Bersyukur, menghargai MODUL AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. LANGKAH ISI PENGAJARAN AKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR KAEDAH/NILAI/KBKK ABM Set Induksi 5 minit Permulaan dengan menayangkan video bentuk muka bumi 1) Guru menarik perhatian pelajar dengan menayangkan video berkaitan bentuk muka bumi 2) Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pengajaran pada hari ini. 1) Pelajar bersama-sama menonton video yang ditayangkan oleh guru. 2) Pelajar memberikan perhatian terhadap penerangan guru Nilai : Mencintai alam sekitar ABM : Video bentuk muka bumi KBKK : Dapat menghubung kait antara video dan topik Kaedah : Berpustkan guru dan pelajar Langkah 1 (10 minit) Bentuk muka bumi di Malaysia: a) Tanah tinggi b) Tanah pamah c) Saliran d) Pinggir pantai 1) Guru turut bertanya pengetahuan sedia ada pelajar berkenaan 2) Guru kemudian memberikan penerangan terhadap bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia iaitu a) Tanah tinggi b) Tanah pamah c) Saliran d) Pinggir laut 1) Pelajar memberikan respon terhadap pertanyaan yang di ajukan kepada guru. 2) Pelajar memberikan perhatian terhadap penerangan yang diberikan oleh guru Nilai: Mencintai negara Malaysia & berbangga kerana Malaysia dikurniakan pelbagai bentuk muka bumi ABM :Buku teks/ rujukan KBKK : Menjana idea Kaedah : Berpusatkan pelajar dan guru Langkah 2 (10 minit) Aktiviti Lembaran Kerja (Lampiran 1) 1) Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1 dan pelajar dikehendaki menjawab secara berpasangan. 2) Guru memantau aktiviti pelajar dan membenarkan pelajar untuk bertanya. 3) Guru mengadakan sesi perbincangan guru-pelajar untuk menyemak jawapan pelajar. 1) Pelajar menjawab soalan pada lembaran kerja yang diberi. 2) Pelajar berbincang secara berpasangan. 3) Pelajar memberikan respon terhadap perbincangan yang dilaksanakan. 4) Pelajar boleh mengemukakan soalan jika tidak memahami. Nilai: Bekerjasama ABM: Lembaran Kerja 1 KBKK : Releksi kendiri, dapat menghubungkait antara topik dan lembaran kerja. Kaedah : Soal jawab pelajar dan guru Langkah 3 (10 minit) Aktiviti Puzzle 1) Guru menggantungkan peta kosong Malaysia di papan putih. 2) Guru juga memberikan sampul yang mengandungi puzzle yang berlainan. 3) Guru memberikan penerangan berkenaan aktiviti yang akan dijalankan. 4) Guru akan meminta pelajar untuk bergerak ke kumpulan lain bagi mencari mencari keratan gambar bagi melengkapkan tugasan. 5) Guru juga akan meminta pelajar untuk melekatkan gambar yang telah dicamtumkan untuk melengkapkan tugasan. 1) Pelajar memberi perhatian dan tindak balas kepada penjelasan guru terhadap pembentukan 6 kumpulan yang mengandungi 5 orang bagi setiap kumpulan. 2) Pelajar memberikan perhatian terhadap penerangan guru. 3) Pelajar secara berkumpulan dikehendaki untuk melengkapkan keratan gambar berdasarkan klu dalam sampul yang diterima dengan bergerak ke kumpulan lain. Klu yang diterima adalah seperti : tanah pamah, tanah tinggi,pinggir laut dan saliran. 4) Setelah selesai mencantumkan kad, pelajar diminta menandakan lokasi tempat-tempat rekreasi pada kad aktiviti pada peta. Nilai : Bekerjasama, berani ABM : Kertas majung (peta), sampul kad, keratan gambar dan klu, Kad aktiviti (Lampiran 1) (Gambar) Peta dinding KBKK : Menyelesaikan masalah, menghubungkait, menanda peta Kaedah : Berpusatkan pelajar dan guru Langkah 4 3 minit Membuat rumusan. 1) Guru menyoal pelajar beberapa soalan tentang pelajaran hari ini secara spontan dan lisan. 2) Guru memberikan pujian kepada pelajar kerana memberikan kerjasama semasa P & P. 3) Guru merumuskan isi pengajaran pada hari ini. 1) Pelajar menjawab dab bersoal jawab dengan guru berkaitan perkara yang kurang difahami. 2) Pelajar mendengar dengan teliti. Nilai : Hormat, peka, berusaha ABM : Buku teks/rujukan KBKK : Membuat refleksi kendiri Kaedah : Berpusatkan guru dan pelajar

No comments:

Post a Comment